Nasi Kandar Paling Sedap di Penang 2020
Penang sememangnya terkenal dengan port tempat makan Nasi Kandar yang paling sedap. Bukan itu sahaja, makanan seperti laksa Penang, rojak, pasembor dan sebagainya turut menjadi tumpuan pelancong luar.
Makanan seperti laksa Penang, rojak, pasembor dan sebagainya turut menjadi tumpuan pelancong luar.
Keenakan Nasi Kandar ini memang super duper best tau.
Tak percaya? Jom kita terjah satu-satu, tengok apa macam.
01. Nasi Kandar Beratur Original
Nama pun dah kena beratur memang patutlah menjadi port wajib bagi kaki jalan-jalan cari makan untuk berkunjung ke sini. Haa, nama pun dah rare kan. Rasa dia memang sedap.
Rupa luar port Nasi Kandar ini ala-ala macam warung tetapi sudah bertahun lama bertapak di Penang. Kalau anda mahu makan di sini memang kena banyak bersabar sebab perlu beratur lama.
Kedai ini dibuka bermula jam 10 malam. Bagi sesiapa yang rasa lapar dan perlukan nasi pada waktu malam sila berkunjung ke sini. Puas hati habaq hang!
02. Restoran Hameediyah
Restoran ini pun lebih kurang perlu beratur juga. Lambat sampai memang kena sabar untuk beratur panjang. Restoran ini telah bertapak di Penang Lebih 1 abad. Tidak hairan jika ramai yang recommend untuk makan di sini.
Bukan sekadar Nasi Kandar yang menjadi menu utama, makanan lain jua ada seperti nasi beriyani, murtabak, rojak dan pelbagai jenis lauk pauk. Fuhh memang menarik!
03. Nasi Kandar Line Clear
Kedai ini terletak di Penang Road dan menjadi tumpuan utama bukan sahaja orang di Penang malah pelancong luar juga. Pelbagai aneka jenis lauk yang boleh anda pilih seperti kari ayam, kurma daging, ayam masak kicap dan banyak lagi.
Jika mahu makan di sini anda perlu sampai lebih awal supaya tidak perlu menunggu atau beratur lama. Paling menarik sekali port makan di sini, anda boleh melihat suasana di dapur kerana terdapat banyak kuali dan periuk belanga yang mereka gunakan untuk memasak. Kawasan kedai ini terletak di lorong kecil sahaja.
04. Nasi Kandar Deen Maju
Jika berkunjung ke Penang anda wajib singgah di sini. Antara port Nasi Kandar yang menarik dan sedap tau. Jika anda makan di sini jangan lupa untuk try ayam goreng berempah. Pergh, memang padu!
Makan dengan nasi panas-panas, campur kari, letak ayam goreng berempah memang akan licin sepinggan! Special ayam goreng berempah di sini adalah kerana ayamnya telah diperap dengan 15 rempah selama 8 jam. Fuhh!
05. Original Penang Kayu Nasi Kandar
Restoran ini pula beroperasi selama 24 jam, jadi anda tidak perlu risau untuk makan di sini. Ramai pengunjung yang makan di sini sememangnya memuji kesedapan Nasi Kandar ini. Pekena dengan ayam goreng dan kuah banjir. Sedap sehingga menjilat jari!
Nasi Kandar Paling Sedap Di Penang 2020
Banyakkan port tempat makan Nasi Kandar di Penang? Tunggu anda pilih sahaja mana satu mahu pergi dahulu. Semuanya sedap dan best!
Jika boleh, datanglah awal ke mana-mana restoran Nasi Kandar yang anda suka bagi mengelakkan kesesakan dan perlu beratur panjang. Harapnya, info ini dapat membantu anda untuk memilih port Nasi Kandar yang menarik.
Selamat menjamu selera!
Dan akhir sekali, jika anda masih mencari dan memerlukan khidmat kereta sewa untuk berkunjung ke mana-mana destinasi di Penang boleh terus menghubungi AZR Dynamic – Kerete Sewa Penang di +6017-425 6691.
Atau WhatsApp sahaja AZR Dynamic dengan klik butang di bawah