Tempat Menarik Di Penang 2020

Tempat Menarik Di Penang 2020
Salah satu pemandangan menarik di Penang

Bila sebut Penang mesti kita lebih arif dengan nasi kandar. Betul tak? Maklumlah di Penang makanan paling best dan awesome adalah nasi kandar! Tapi kali ini admin tidak mahu cerita pasal makan, tapi port best untuk pergi jalan-jalan buat kaki travel. Apakah tempat menarik di Penang 2020 yang anda rasa best?

Sebenarnya ada banyak tempat menarik di Penang yang boleh anda pergi. Haa jom kita tengok satu persatu. 

 1. Bukit Bendera

Tempat Menarik Di Penang 2020
Pemandangan kereta kabel dari atas

Tidak lengkap jika bercuti di Penang jika tidak berkunjung ke Bukit Bendera. Rugi besar! Di sini anda boleh tengok view seluruh Penang. Best ! Kawasan tanah tinggi ini pasti menjanjikan udara nyaman dan sesuai buat seisi keluarga. Pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Bukit Bendera ini.  Nak bergambar pun puas hati!

Tidak lengkap rasanya jika bercuti di Penang tetapi tidak berkunjung ke Bukit Bendera. Rugi besar!

Bila berkunjung ke Bukit Bendera jangan lupa untuk menaiki kereta kabel. Boleh lihat keindahan alam juga. Pengalaman sepanjang perjalanan menaiki kereta kabel pasti menyeronokkan. Rasa gayat dan mendebarkan, pengalaman yang cukup berbeza.  Harga tiket untuk kereta kabel juga berpatutan. Rugi jika tidak mencuba!

2. Taman Negara Pulau Pinang

Tempat Menarik Di Penang 2020
Antara Trekking Trail di Taman Negara Pulau Pinang

Bagi kaki travel pasti inginkan aktiviti yang mencabar. Apa kata anda menerokai Taman Negara Pulau Pinang. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan seperti jungle trekking, merentas titian kanopi, bird watching dan banyak lagi. Bagi pencinta alam adalah sangat digalakkan untuk ke sini.

Paling best, sambil anda buat aktiviti lasak boleh juga melakukan aktiviti mandi manda. Terdapat beberapa pantai menarik seperti Pantai Monyet, Pantai Telok Kampi, Pantai Kerachut. Boleh melakukan dua aktiviti dalam satu destinasi. Bunyi unggas di hutan juga mendamaikan dan tenang. Sesuai bagi anda yang menginginkan suasana tenang dari kesibukan kota.

3. The Top Penang

Tempat Menarik Di Penang 2020
Pemandangan yang cantik & menarik dari puncak Menara Komtar

Berkunjung ke puncak Menara Komtar sangat mengujakan. Anda boleh melihat pemandangan Penang dalam 360 darjah. Wah, menarik! Anda juga boleh cuba berjalan di atas Rainbow Skywalk, pasti memberikan pengalaman yang sangat menarik dan menyeronokkan.

Mungkin sebelum ini anda asa aktiviti flying fox sudah cukup mencabar, apa kata anda cuba berjalan di atas Rainbow Skywalk. Apa macam? Berani tak? Jom cabar diri anda. Ingin melihat keindahan lampu pada waktu malam bolehlah berkunjung ke sini. Sudah pasti anda merasakan berada di atas kayangan yang indah. Wallawehh !

4. Muzium Perang

Tempat Menarik Di Penang 2020
Pintu masuk Muzium Perang Penang

Bagi pencinta sejarah Malaysia muzium ini mempamerkan banyak pengetahuan buat anda. Sesuai juga jika ingin membawa anak-anak atau para pelajar sekolah. Bukan sekadar muzium sahaja, tetapi menjanjikan diorama dan infografik yang sangat menarik.

Muzium Perang Pulau Pinang – bukan sekadar muzium. Dipenuhi dengan infografik yang sangat menarik.

Muzium ini juga turut mengekalkan unsur bangununan asal dan sangat-sangat terjaga, tidak hairan jika tempat ini sangat popular dalam kalangan pelancong luar. Anda juga dapat merasakan ibarat berada di medan perang dek kerana kawasan muzium yang terbuka dan berkonsepkan kubu peperangan. Banyak sejarah peperangan yang boleh anda ketahui jika berkunjung ke sini.

5. Fort Cornwallis

Tempat Menarik Di Penang 2020
Antara lokasi menarik di Fort Cornwallis

Haa, tempat ini juga sangat popular di Penang dan menjadi perhatian pelancong dalam negara mahupun luar negara. Turut kaya dengan sejarah apabila tempat ini merupakan tempat di mana Sir Francis Light menjejakkan kaki ke Tanah Melayu pada tahun 1876.

Anda juga turut berpeluang untuk melihat struktur bangunan asal di sini. Galeri sejarah di Fort Cornwallis ini akan menjanjikan pengetahuan yang cukup luas buat anda kerana pelbagai kisah menarik dan sejarah boleh anda ketahui dengan lebih mendalam. Di kota ini juga terdapat  meriam Sri Rambai yang merupakan salah satu meriam yang digunakan Sir Francis Light dalam tempoh pemerintahannya di Penang.

6. Pantai Batu Ferringghi

Tempat Menarik Di Penang 2020
Pemandangan laut yang sangat cantik

Pantai Batu Feringghi adalah antara pantai yang paling popular di Penang. Mempunyai pemandangan laut yang cantik membuatkan ramai orang berkunjung ke sini. Anda juga dapat menikmati pemandangan laut sambil berjalan di atas pasir halus. Syok aihhh.

Aktiviti laut juga dapat dilakukan seperti menaiki jetski dan parasailing. Pada sebelah malam pula anda boleh berkunjung ke pasar malam Pantai Batu Ferringhi. Pasar malam ini adalah tempat yang mesti anda kunjungi jika bercuti di Penang. Dibuka pada setiap hari sehingga lewat malam dan terdapat banyak kedai yang menjual cenderahati, pakaian, makanan dan sebagainya. Jika mahu mencari souvenier buat kawan-kawan atau ahli keluarga bolehlah berkunjung ke pasar malam Pantai Batu Feringghi.

7. Pulau Jerejak

Tempat Menarik Di Penang 2020
Pemandangan dari atas Pulau Jerejak

Selain dari pantai, Penang juga mempunyai pulau kecil yang sangat cantik dikenali sebagai Pulau Jerejak. Pemandangan di pulau ini cukup mendamaikan dan menenangkan, sesuai bagi individu yang mengimpikan suasana kedamaian.

Pulau Jerajak – pemandangannya cukup mendamaikan dan menenangkan.

Dahulunya pulau ini dikenali sebagai ‘Alcatrz Malaysia’ dek kerana sejarahnya yang menempatkan para banduan selepas tragedi 13 Mei 1969 dan tahanan ISA. Menariknya di sini, buat kaki selfie dan kaki bergambar pulau ini juga amat sesuai untuk anda kunjungi. Di pulau ini view matahari terbenam sangat cantik dan sesuai untuk bergambar. Jadi jangan lepaskan peluang ini!

Tempat menarik di Penang 2020

Tempat Menarik Di Penang 2020
Antara Trekking Trail di Taman Negara Pulau Pinang

Sebenarnya banyak lagi tempat menarik di Penang yang boleh anda lawati dan kunjungi. Penang sememangnya terkenal dengan tempat pelancongan yang sangat popular dan menjadi tumpuan pelancong dalam negara dan luar negara. Harapnya perkongsian tempat menarik Penang di atas ini dapat memberikan idea kepada anda untuk datang bercuti ke Penang.


Mahu bercuti bersama kawan-kawan atau keluarga tetapi sukar untuk mendapatkan kereta sewa? Anda berminat untuk mendapatkan servis kereta sewa di Penang?

Ingin bercuti ke Penang bersama rakan-rakan tetapi tiada pengangkutan khas? Hubungi AZR Dynamic sekarang.

Jangan rungsing, jangan risau.

Anda boleh menghubungi AZR Dynamic -Penang Airport Car Rental di +6017- 425 6691. Atau klik sahaja button di bawah untuk WhatsApp kami.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *