Tempat Makan Menarik Di Penang 2020

Tempat Makan Menarik Di Penang 2020
Penang

Jika anda ingin tahu pada tahun 2014, Penang telah dinobatkan sebagai “Best Foodie Destination” oleh Lonely Planet. Haa, sebab itulah Penang menjadi tumpuan pelancong dalam negara mahupun luar negara. Bukan setakat kaya dengan sejarah malah makanan di negeri ini juga cukup menarik. Wallaweh !

Pada tahun 2014, Penang telah dinobatkan sebagai “Best Foodie Destination” oleh Lonely Planet.

Penang adalah syurga makanan dunia! Fuhh, mana taknya di sini mempunyai pelbagai aneka makanan yang merangkumi pelbagai jenis bangsa Melayu, Cina India dan sebagainya. Kalau tak percaya, jom try satu persatu tempat makanan yang admin nak share dengan korang semua.

01. Ais Tingkap

Nama pun dah rare kan. Di Penang sahaja ada Ais Tingkap ni. Menjadi tumpuan dan pilihan orang ramai disebabkan keenakan ais ini. Kedai ini sudah beroperasi lama sejak tahun 1928 dan bertapak di tepi jalan sahaja.

Tempat Makan Menarik Di Penang 2020
Ais Tingkap. Memang padu!

Walaupun sekadar air sirap sahaja tapi keenakan ais tersebut lain macam kerana mempunyai pelbagai campuran seperti biji selasih, isi kelapa, air kelapa dan juga ais yang sudah dikisar halus. Menarik !

02. Nasi Campur Awet Muda

Buat anda yang masih mencari tempat makan tengahari di Penang, bolehlah berkunjung ke restoran ini. Menawarkan pelbagai aneka lauk pauk yang super duper sedap tau. Pelbagai masakan Melayu yang ada di restoran antaranya gulai kawah, gulai itik, gulai kijang dan banyak lagi.

Tempat Makan Menarik Di Penang 2020
Nasi Campur Awet Muda

Sambal belacan pelbagai jenis pun ada di sini. Tekak Melayu tidak pernah mengecewakan. Patut cuba !

03. Cucur Udang Chowrosta

Dah pekena makan tengahari, apa kata untuk minum petang anda try cucur udang Chowrasta. Pasti tidak mengecewakan. Cucur udang yang rangup dimakan pula dengan kuah kacang memang tak boleh bawa bincang. Sedap !

Tempat Makan Menarik Di Penang 2020
Cucur Udang Chowrosta

Selain cucur udang, anda boleh try tofu di sini. Cukup lembut dan puas hati bila makan. Pekena juga air sirap campuran biji selasih di sini. Memang padu dan lengkap !

04. Mee Goreng Bangkok Lane

Buat penggemar mee goreng anda patut berkunjung ke sini. Restoran ini terletak bersebelahan dengan Seng Lee Coffeeshop. Mee goreng ini telah dihasilkan dengan sos sotong dan juga dhidangkan sekali dengan sotong.

Tempat Makan Menarik Di Penang 2020
Mee Goreng Bangkok Lane

Makan panas-panas memang best! Cuba tau.

05. Astaka Taman Tun Sardon

Di sini menyajikan pelbagai jenis aneka makanan yang menarik dan sedap. Anda boleh pilih dari kedai yang dibuka di sini. Mahu makanan yang berat dan ringan boleh berkunjung ke sini, mempunyai nasi lemak, kueytiaw goreng dan banyak lagi.

Tempat Makan Menarik Di Penang 2020
Antara makanan di Astaka Taman Tun Sardon

Gerai yang menjadi tumpuan di sini adalah gerai kuih serabai. Kuih serabai merupakan makanan yang sedap dan mengenyangkan. Tak cukup satu kalau makan. Kena beli lebih sikit baru puas hati.

06. Kari Kepala Ikan Pen Mutiara

Peminat kari patut cuba makan di sini. Terrletak tidak jauh dari Lapangan Terbang Penang dan memakan masa dalam 10 minit untuk sampai ke sini. Restoran ini sangat terkenal kerana menyajikan kari kepala ikan dengan menggunakan ikan-ikan segar. Memang padu.

Tempat Makan Menarik Di Penang 2020
Kari Kepala Ikan Pen Mutiara. Memang padu!

Tak percaya? Cuba sendiri baru tahu.

07. Laksa Janggus

Dah pergi Penang mestilah wajib pekena laksa di sini. Anda wajib cuba Laksa Janggus ini kerana keenakan laksa tersebut lain dengan laksa-laksa yang ada di Penang ini.

Tempat Makan Menarik Di Penang 2020
Laksa Janggus

Hantu laksa jangan lepaskan peluang untuk ke sini. Pasti tidak mengecewakan tekak anda !

Sebab apa panggil laksa janggus? Haa, kalau anda nak tahu kedai ini telah dikelilingi dengan pokok janggus. Menarik kan?

Tempat ini sangat sesuai dijadikan port lepak santai-santai pada waktu petang. Selain laksa janggus, anda boleh cuba menu lain seperti mee hailam, kueytiaw goreng dan banyak lagi. Syok aihhh.

08. D’seafood Paradise

Di Penang pun ada restoran yang menyajikan hidangan seafood yang menarik tau. Sambil makan di restoran ini anda dapat merasai angin bayu laut yang menyegarkan dan menenangkan. Syok habiss !

Tempat Makan Menarik Di Penang 2020
D’seafood Paradise

Ini kerana restoran tersebut terletak bersebelahan pantai dan sememangnya menjadi tarikan orang ramai untuk ke sini. Kualiti makanan di sini pun tip top kerana segala jenis seafood di sini segar-segar belaka. Anda tak perlu risau tentang kesedapan makan di sini. Memang best !

Pelbagai jenis seafood yang ada di restoran ini. Tinggal anda pilih sahaja dan boleh request chef di sini untuk masakkan menu yang anda suka.

09. Roti Canai Mamu Penaga

Mahu sarapan pagi ringan-ringan sahaja? Haa boleh berkunjung ke restoran ini. Menyajikan roti canai yang cukup enak dan lembut.

Tempat Makan Menarik Di Penang 2020

Paling menarik dan best di sini anda boleh melihat sendiri tukang tebar roti canai ini menebarkan roti sehingga ke udara tanpa melekat di syiling. Fuhh, memang hebat.

Roti canai di sini juga telah dimasak dengan cara bakar sahaja. Wahh, kurang berminyak. Jangan lupa cuba!

10. Rockstarz Burger

Penggemar burger, inilah tempat sesuai buat anda! Restoran ini sangat special kerana burger yang dihasilkan juga berbeza tau. Mereka menggunakan daging dan sos hasil buatan mereka sendiri, kesedapan yang dirasai pun memang best tau.

Tempat Makan Menarik Di Penang 2020
Tu dia. Meleleh!

Daging burger di sini juga tebal dan pasti mengenyangkan ! Bukan itu sahaja, nama burger di sini juga menarik seperti The Santanaz, The Red Hot Curry Chilliez dan banyak lagi.

Tempat Makan Menarik di Penang 2020

Sebenarnya, terlalu banyak tempat makan menarik di Penang  yang boleh anda cuba. Ini hanya suku sahaja yang admin share. Bagi yang kaki makan anda WAJIB berkunjung ke restoran dan kedai makan yang admin senaraikan di atas. Confirm puas hati !

Jika  mahu memudahkan perjalanan anda untuk mencari tempat makan menarik di Penang, anda boleh menggunakan perkhidmatan kereta sewa di AZR Dynamic.

Untuk mendapatkan respon segera anda boleh menghubungi AZR Dynamic – Kereta Sewa di Penang Airportl di +6017- 425 6691.

Atau untuk pertanyaan lebih lanjut, klik butang di bawah untuk Whatsapp AZR Dynamic

Keselesaan dan kepuasan anda keutamaan kami. Selamat bercuti.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *